Jalan@Penang

QUEENSBAY MALL

Mula dibuka pada 1 Disember 2006, Queensbay Mall merupakan pusat membeli-belah yang terbesar di Pulau Pinang. Menariknya, pengunjung juga boleh menikmati laksa, rojak buah dan air kelapa muda sambil menikmati panorama indah Jambatan Pulau Pinang dan Pulau Jerejak di kawasan berhampiran Queensbay Mall.

+Jarak dari Homestay Hannah: 5km/ 5-10 minit
_______________________
PENANG WAR MUSEUM



Dibina oleh British sebagai sebuah kubu di tahun 1930-an sebelum digunakan oleh Jepun sebagai kem tahanan perang. Pengalaman menarik buat pengunjung yang sukakan sejarah.

+Jarak dari Homestay Hannah: 8km/ 10-15 minit
_______________________________
BUKIT BENDERA/ PENANG HILL


Dengan ketinggian lebih daripada 2,000 kaki di atas paras laut, Bukit Bendera menawarkan panorama menarik bandaraya George Town dan Selat Pulau Pinang. Suhu purata 21◦C menjadikannya destinasi pilihan untuk lari sebentar daripada hiruk pikuk dan kesibukan bandaraya George Town. Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman unik menaiki keretapi funikular atau yang lebih adventurous boleh memilih untuk mendaki Bukit Bendera melalui trek mendaki yang disediakan.

+Jarak dari Homestay Hannah: 13km/ 20-25 minit
__________________________
TROPICAL SPICE GARDEN


Tropical Spice Garden adalah pusat eko-pelancongan yang terletak dalam lembah semulajadi berhadapan Selat Melaka di Teluk Bahang. Mengandungi lebih daripada 500 spesies herba, rempah dan tumbuhan tropika, pengunjung dapat merasai pengalaman melalui denai dan laluan berliku melalui bukit yang beralun, hutan teres dan aliran semula jadi. Sangat menarik untuk pencinta alam dan mereka yang mahukan ketenangan.

+Jarak dari Homestay Hannah: 30km/ 30-40 minit
____________________________
PENANG BUTTERFLY FARM


Penang Butterfly Farm mula dibuka pada Mac 1986 sebagai 'living museum' untuk mendidik masyarakat di samping berfungsi sebagai pusat penyelidikan untuk rama-rama dan pembiakan serangga. Pengunjung akan berpeluang merasai pengalaman dikelilingi pelbagai spesis rama-rama yang terbang bebas dalam suasana semulajadi. Taman ini turut menempatkan fauna-fauna lain yang jarang dijumpai seperti tarantula, katak, kumbang, ular dan makhluk akuatik yang lain.

+Jarak dari Homestay Hannah: 35km/ 35-45 minit

No comments:

Post a Comment