A. TEMPAHAN
- Tempahan adalah mengikut 5 langkah EZBooking yang telah dinyatakan di dalam blog/ FB page rasmi Homestay Hannah
- Sebarang perubahan selepas pengesahan tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya TIGA (3) hari sebelum tarikh check-in. Wang deposit tidak akan dipulangkan bagi pembatalan/ perubahan yang dibuat selepas daripada tempoh tersebut
- Kadar diskaun akan dipertimbangkan bagi penginapan dua (2) hari dan ke atas tertakluk kepada budi bicara pengurusan Homestay Hannah
B. CHECK-IN/ CHECK OUT
- Check-in: 2.00p.m./ Check-out: 12.00p.m.
- Tetamu dinasihatkan untuk memaklumkan lebih awal jangkaan masa check-in/ check-out bagi memudahkan urusan kedua-dua pihak
- Bayaran penuh perlu dibuat semasa check-in. Deposit RM100 akan dipulangkan semasa check-out sekiranya tiada sebarang kehilangan atau kerosakan perabot/ perkakasan Homestay Hannah
- Semasa check-in, tetamu akan diberikan satu set kunci, kad parking dan kad akses. Kehilangan kunci/ kad akan menyebabkan tetamu didenda RM50.00/unit
- Bagi check-out lewat melebihi jam 2.00p.m., caj tambahan RM20.00/jam akan dikenakan (perkara ini bagaimanapun tertakluk kepada kekosongan dan budi bicara pengurusan Homestay Hannah)
C. BILANGAN TETAMU
- Bilangan tetamu maksimum yang dibenarkan adalah seramai 10 orang termasuk kanak-kanak (Perkara ini bagaimanapun tertakluk kepada perbincangan dan budi bicara pengurusan Homestay Hannah)
- Sebarang perubahan/ penambahan kepada jumlah tetamu yang telah dimaklumkan dan dipersetujui semasa tempahan hendaklah dimaklumkan kepada pengurusan Homestay Hannah
D. PARKING
- Bilangan petak parking yang disediakan di dalam kawasan kondominium adalah satu (1) unit. Tetamu yang datang dengan lebih daripada satu kenderaan boleh meletakkan kenderaan di luar kawasan D'Piazza Condominium
- Tetamu hendaklah memastikan kenderaan diletakkan di petak parking tetap yang telah dimaklumkan semasa check-in. Kegagalan untuk berbuat demikian berkemungkinan menyebabkan kenderaan tetamu dikunci oleh pihak keselamatan kondominium dan pengurusan Homestay Hannah tidak akan bertanggungjawab di atas bayaran denda yang dikenakan
E. BINATANG PELIHARAAN, MINUMAN KERAS, MEROKOK
- Binatang peliharaan dan minuman keras adalah dilarang sama sekali di Homestay Hannah
- Merokok hanya dibenarkan di kawasan balkoni sahaja
F. KACAU GANGGU/
HOUSE-RULES
- Tetamu dilarang untuk membuat bising yang keterlaluan dan melakukan perkara-perkara yang menimbulkan kacau ganggu kepada kejiranan di D'Piazza Condominum
- Semua tetamu adalah tertakluk kepada house-rules D'Piazza Condominium
G. PERABOT/ PERKAKASAN
- Homestay Hannah komited untuk menyediakan perabot/ perkakasan yang terbaik untuk keselesaan tetamu Homestay Hannah. Inventori lengkap perabot/ perkakasan di Homestay Hannah adalah seperti yang tertera di dalam homestay
- Sebarang kehilangan/ kerosakan yang disebabkan oleh tetamu akan dikenakan bayaran gantirugi
H. KESELAMATAN
- Keselamatan tetamu semasa menginap di Homestay Hannah adalah tanggungjawab sendiri. Pihak Homestay Hannah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan/ kejadian tidak diingini yang berlaku
- Tetamu dinasihatkan untuk membawa bersama barang berharga setiap kali keluar daripada homestay. Pihak Homestay Hannah tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barangan tetamu
- Tetamu diingatkan untuk memastikan homestay dikunci dengan baik setiap kali keluar daripada homestay. Sebarang kehilangan perabot/ perkakasan Homestay Hannah yang disebabkan oleh kecuaian tetamu akan dikenakan bayaran gantirugi
I. KEBERSIHAN
- Kebersihan Homestay Hannah adalah sangat penting untuk keselesaan tetamu. Pengurusan Homestay Hannah memerlukan kerjasama tetamu untuk memastikan kebersihan homestay sentiasa berada di tahap terbaik
- Sampah sarap hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang telah disediakan. Sekiranya terlalu banyak, tetamu dinasihatkan untuk terus membuang di tong sampah besar yang disediakan oleh pihak pengurusan D'Piazza Condominium di kawasan parking tingkat 1, 2 dan 3
- Bagi tetamu yang membawa anak kecil, pengurusan Homestay Hannah amat faham sekiranya anak-anak kecil ini membuang air di tempat selain daripada tandas. Walau bagaimanapun, mohon kerjasama tetamu untuk terus membersihkan najis tersebut bagi memastikan kesucian kawasan di dalam homestay untuk melaksanakan ibadah solat dsb.
- Peralatan memasak/ pinggan mangkuk yang digunakan hendaklah dibasuh sebelum meninggalkan Homestay Hannah
No comments:
Post a Comment